fahaman tentang plot.
Plot adalah sesuatu yang menghubungkan setiap peristiwa signifikan dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa itu rapat hunungannya dengan gerak laku secara fizikal dan secara emosional watak-wataknya.
Plot; a) kronologi; plot yang disusun mengikut urutan peristiwa dari mula hingga akhir cerita.
b) tidak kronologi; plot yang disusun tidak menurut urutan peristiwa. Cerita boleh
bermula dari bahagian pertengahan, diimbas peristiwa-peristiwa sebelumnya lalu
menuju ke arah pengalhiran cerita.
PLOT
* Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hokum sebab dan akibat.
* Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan mengapa terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan factor-faktor sebab dan akibat.
* Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.
* Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi) iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan suasana.
* Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
* Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita iaitu perumitan.
* Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) di mana tercapainya konsentrasi yang maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian.
* Agar plot lebih menarik, pengarang menggunakan teknik lain untuk menyampaikan ceritanya seperti imbas kembali, imbas muka, konflik, klimaks, saspens, kejutan dan sebagainya.
* Imbas kembali
- mengungkapkan semula kisah, kejadian, peristiwa, suasana atau masalah yang dialami oleh watak-watak sebelum kisah ini. Teknik ini dikemukakan melalui dialog watak, monolog, monolog dalaman, ingatan watak, renungan atau mimpi.
* Monolog
- tutur kata watak secara bersendirian dan lebih merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran.
* Monolog dalaman
- kata hati watak untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.
* Imbas muka
- gambaran sesuatu yang akan berlaku untuk memberi pengetahuan awal kepada pembaca tentang apa-apa yang akan berlaku seterusnya.
* Konflik
- pertentangan fizikal, moral, fikiran, emosi dan nasib yang digambarkan sebagai pertentangan antara watak protagonis dengan watak antagonis. Konflik timbul akibat pergeseran pendapat, pemikiran, pandangan dan sikap hidup antara watak-watak.
* Klimaks
- saat paling tegang dan paling menarik minat pembaca.
* Saspens
- merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya. Saspens merupakan unsur utama menarik dan mengekalkan minat pembaca.
* Kejutan
- sesuatu kejadian, keadaan atau perubahan sikap dan pandangan hidup sesuatu watak yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu pembaca untuk menyelusuri lanjutan cerita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment