Sunday, March 30, 2008

fahaman tentang plot.

Plot adalah sesuatu yang menghubungkan setiap peristiwa signifikan dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa itu rapat hunungannya dengan gerak laku secara fizikal dan secara emosional watak-wataknya.

Plot; a) kronologi; plot yang disusun mengikut urutan peristiwa dari mula hingga akhir cerita.
b) tidak kronologi; plot yang disusun tidak menurut urutan peristiwa. Cerita boleh
bermula dari bahagian pertengahan, diimbas peristiwa-peristiwa sebelumnya lalu
menuju ke arah pengalhiran cerita.



PLOT
* Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hokum sebab dan akibat.
* Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan mengapa terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan factor-faktor sebab dan akibat.
* Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.
* Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi) iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan suasana.
* Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
* Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita iaitu perumitan.
* Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) di mana tercapainya konsentrasi yang maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian.
* Agar plot lebih menarik, pengarang menggunakan teknik lain untuk menyampaikan ceritanya seperti imbas kembali, imbas muka, konflik, klimaks, saspens, kejutan dan sebagainya.
* Imbas kembali
- mengungkapkan semula kisah, kejadian, peristiwa, suasana atau masalah yang dialami oleh watak-watak sebelum kisah ini. Teknik ini dikemukakan melalui dialog watak, monolog, monolog dalaman, ingatan watak, renungan atau mimpi.
* Monolog
- tutur kata watak secara bersendirian dan lebih merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran.
* Monolog dalaman
- kata hati watak untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.
* Imbas muka
- gambaran sesuatu yang akan berlaku untuk memberi pengetahuan awal kepada pembaca tentang apa-apa yang akan berlaku seterusnya.
* Konflik
- pertentangan fizikal, moral, fikiran, emosi dan nasib yang digambarkan sebagai pertentangan antara watak protagonis dengan watak antagonis. Konflik timbul akibat pergeseran pendapat, pemikiran, pandangan dan sikap hidup antara watak-watak.
* Klimaks
- saat paling tegang dan paling menarik minat pembaca.

* Saspens
- merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya. Saspens merupakan unsur utama menarik dan mengekalkan minat pembaca.
* Kejutan
- sesuatu kejadian, keadaan atau perubahan sikap dan pandangan hidup sesuatu watak yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu pembaca untuk menyelusuri lanjutan cerita.
17 mac 2008

salam.
sewaktu kelas sastera tadi pagi, Cikgu Manaf telahpun berbincang dengan kami tentang makna perkataan 'tema'. menurut kamus dewan edisi keempat, tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wancana, karangan, cerita dsb, tajuk, pokok. menurut glosari istilah kesusasteraan (DBP 1988) pula; idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. ; dalam karya prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan , bahan karangan ataupun yang disebut sabagai tesis. ; dalam ceraka , tema menjadi panduan bagi pengarang memilih bahan-bahan dalam ceritanya itu, untuk disusunnya tema dalam sesebuah cerita, tidak dapat dilihat sepenuhnya cerita yang abstrak yang menjadi konkrit melalui karya, iaitu melalui cara-cara watak-watak bertindak, berfikir dan bergerak atau cara-cara watak-watak itu berkonflik antara satu sama lain, cara cerita itu diselesaikan, semuanya menentukan rupa tema yang dikemukakan oleh pengarang. Jadi, pengertian yang terkandung di sebalik karya itulah yang dikatakan pokok persoalan atau tema.

Wednesday, March 12, 2008

Gema Puisi Artistik 2008 @ NYJC

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan alhamdulillah kepada yang Maha Esa. Kejayaan kami tidak akan tercapai tanpa kehendakNya. Kami mendapat tempat ketiga dalam peraduan tersebut. Saya cukup bangga dengan semua yang menyertai kerana berani menyampaikan persembahan walaupun hanya diadakan 2 atau 3 latihan. SYABAS! Sebelum persebhan kami, kami semua gementar dan kelam-kabut kerana ada yang belum habis berdandan. Saya geli hati apabila menganang kembali aksi-aksi kami. Semasa persembahan, saya tersilap dan juga ada seni kata yang saya terlupa tetapi semuanya tetap berjalan dengan lancar. Kemenangan itu tidak beberapa penting sebenarnya. Yang penting, kami semua dapat satu pengalaman yang baru. Kemenangan ini juga tidak disangkakan. Tanpa kerja keras semua pihak, kemenangan ini tidak akan menjadi satu kenyataan.