Wednesday, July 23, 2008

AKU MENJADI LEBIH BERANI


Makna:


Stanza yang pertama menggambarkan bahawa penyajak sedang berada di alam sebuah perkelahian. Ini dapat dibuktikan dari baris kedua dan ketiga rangkap pertama, "kau berbaju biru dan bajuku ungu". Baju biru dan ungu yang berbeza warna melambangkan bahawa penyajak sedang bermusuhan dengan seseorang rakannya dan mereka mempunyai pendirian yang bercanggah.


Seterusnya, dalam rangkap yang sama baris keempat hingga keenam "Sayang, hanya aku tahu hatimu tak setulus hatiku", ini menggambarkan bahawa penyajak tidak senang akan musuhnya itu. Frasa "hanya aku" di mana perkataan "aku" merujuk kepada penyajak menyatakan penegasan penyajak bahawa penyajak amat mengenali perangai musuhnya itu dan hanya dia sahaja yang mengetahui perangainya yang selalunya tersembunyi dari pandangan orang lain. Ini kerana penyajak berpendapat bahawa musuh itu tidak mempunyai hati yang seikhlas hati orang lain.


Baris terakhir dalam rangkap tersebut "yang berbaju ungu" membuktikan bahawa penyajak sedang menekankan sekali lagi bahawa musuhnya itu berbaju biru, iaitu dia tidak menyebelahi dirinya yang berbaju biru.


Mengikut stanza kedua, baris kedua ialah "sebilah pisaumuaku tidak gentar". Penyajak telah menggunakan pisau sebagai simbol bagi ugutan yang ditujukan oleh musuhnya kepada penyajak. Namun, dia tidak takut dengan ugutan musuhnya malah dia mencabarnya setelah berasa tersinggung dengan kata-kata kejian yang diucapkan oleh musuhnya, dapat dipetik daripada baris ketiga hingga kelima "sepatah kata bisa, aku merasa".


Rangkap terakhir "Hati dan rasa mengajarku, aku menjadi lebih berani" menegaskan juga keberanian yang timbul setelah mempelajari sikap yang harus diambil daripada sengketa yang dia hadapi itu. Penyajak bertambah berani memutuskan sendiri sikapnya yang tegas itu, setiap waktu pada masa depan ekorang daripada persengketaan sedemikian.

Gaya Bahasa:


Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa di dalam sajak ini.
a)i) ALITERASI
Salah satu daripadanya ialah aliterasi 'b' yang terdapat dalam rangkap pertama septain pada baris yang kedua iaitu "berbaju biru". Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai dua konsonan 'b' pada awal suku kata iaitu "ber" dan "ba" dalam perkataan "berbaju" dan "bi" dalam perkataan "biru".
ii) Satu lagi aliterasi terdapat di rangkap kedua quint baris pertama "bila begini", di mana adanya aliterasi 'b'.
B) ASONANSI
Baris yang sama "bila begini" juga mempunyai unsur asonansi, di mana vokal 'i' dalam suku kata "bi", "gi" dan "ni" mempunyai bunyi yang sama. Dalam rangkap yang sama baris kedua pula. aliterasi juga boleh didapati dalam "sepatah kata". Bunyi vokal "a" ada pada suku kata "pa" dan "tah" dalam perkataan "sepatah" serta "ka" dan "ta" dalam perkataan "kata". Frasa "sepatah kata" juga merupakan sebuah klise yang kerap digunakan dalam bahasa.
C) SINKOF
Sinkof "mu" dapat diperlihatkan di dalam perkataan "pisaumu" yang ada pada rangkap kedua baris kedua, serta sinkof "ku" yang terdapat dalam perklataan "bajuku" pada rangkap pertama baris kedua. "Hatimu tidak setulus hatiku" merupakan eufumisme kerana ia adalah cara yang lebih sopan untuk menyampaikan maksud bahawa hati seseorang itu adalah busuk. Terdapat dua simbol, iaitu dalam rangkap pertama baris kedua dan ketiga di mana penyajak telah menggunakan baju untuk melambangkan pula ugutan dari musuhnya itu. Akhirnya, rangkap ketiga distikon baris pertama "Hati dan rasa mengajarku" merupakan personifikasi. Hati dan rasa telah merupai perbuatan manusia iaitu mengajar, sesuatu yang mustahil berlaku.
Tema dan Persoalan:
Sajak ini bertemakan ketabahan,ia menyatakan keberanian seorang wanita dalam mengharungi cabaran seperti pergaduhan yang sedang dialaminya itu. Dari stanza yang pertama, kita dapat mempelajari bahawa seperti pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain, manusia tidak serupa dalam segi pemikiran dan perangai, seperti penyajak dan musuhnya itu yang bergaduh kerana perbezaan mereka. Stanza kedua pula menjelaskan bahawa tentu ada kejadian yang tidak diundang berlaku seperti ugutan dan kata-kata sindiran, seperti yang dialami penyajak. Semua kejadian yang berlaku tentu terdapat sesuatu hikmah atau makna yang tersirat disebaliknya seperti yang dikemukakan pada stanza terakhir, di mana penyajak telah menjadi lebih berani untuk menghadapi cabaran semasa pergaduhan itu.


No comments: