Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginative dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan bentuk dalaman.
TEMA SAJAK
- Tema ialah persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penyajak.
- Tema diri: berdasarkan pengalaman diri.
- Tema cinta: cinta akan kekasih, ibu bapa, tanah air, bangsa dan negara.
- Tema masyarakat: memaparkan simpati dan nasib masyarakatnya di samping saranan penyajak tentang langkah-langkah mengatasinya.
- Tema alam: gambaran alam seperti keindahan dan pencemaran alam.
- Tema semangat perjuangan / nasionalisme: semnagat pahlawan negara.
- Tema ketuhanan & keagamaan: soal kesedihan, kematian, kesedaran dan sebagainya.
- Bentuk dalaman: membawa sifat yang lebih abstrak, iaitu cara persembahan perasaan dan pemikiran.
- Bentuk luaran: sifat-sifat binaan yang dapat dilihat dengan jelas termasuk susunan baris dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap.
- Bagi puisi Melayu tradisional, sifat-sifat tersebut terbina dengan susunan yang tetap tetapi puisi Melayu moden sebaliknya.
- Sajak terikat: bercirikan puisi Melayu tradisional seperti pantun dan syair.
- Sajak bebas: tidak lagi menepati ciri-ciri puisi Melayu tradisional daripada segi pembinaan aspek bentuk.
- Sajak separuh bebas: ada antara rangkapnya yang terikat dan ada yang bebas daripada ikatan puisi Melayu tradisional.
- Nada ialah alunan lembut, keras, rendah atau tinggi yang terhasil daripada pelbagai jenis bunyi dalam sesebuah sajak yang berhubung erat dengan perasaan, pemikiran dan sikap penyair yang diungkapkan dalam puisinya.
- Nada juga berhubung rapat dengan tema, persoalan, rima, jenis dan bentuk sesebuah puisi itu.
- Nada melankolik: nada murung yang menggambarkan suasana hati yang sedih. Tekanan suara lebih rendah dan perlahan serta sesuai untuk puisi yang bertemakan penderitaan, kehampaan dan kerinduan.
- Nada romantik: menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara rendah dan perlahan. Sesuai untuk puisi yang bertemakan peristiwa indah dan menggembirakan.
- Nada patriotik: menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat. Tekanan suara lebih tinggi, pantas atau cepat. Sesuai untuk puisi yang bertemakan perjuangan, bercita-cita tinggi, besar dan mulia.
- Nada sinis: menggambarkan suasana hati yang kurang senang. Tekanan suara agak rendah dan perlahan, iaitu bersesuaian dengan puisi yang bertemakan hal yang tidak disukai atau kurang dipersetujui.
- Nada protes: menggambarkan suasana hati yang penuh pertentangan atau pemberontakan. Tekanan suara lebih tinggi dan pantas. Sesuai untuk puisi yang bertemakan ketidakadilan dan ketajaman.
- Bahasa digunakan untuk memindahkan perasaan dan pemikiran penyair.
- Bahasa yang ekonomis datang daripada pembentukan baris-baris yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas, tetapi padat mendukung makna.
- Bahasa puisi bersifat konotasi, iaitu mempunyai makna kebih daripada satu, kaya, jauh dan luas pengertiannya. Bahasa denotasi pula mempunyai makna yang khusus seperti di dalam kamus.